Ladang Penternakan Ayam

Selamat datang ke ladang ternakan
D'Khairan Farm

Komitmen kami adalah untuk membekalkan ayam segar yang berkualiti dan diyakini halal serta menjadi pembekal terunggul di Malaysia dan menembusi peringkat antarabangsa.

 
Kami memastikan :

  • Bekalan daging ayam halal & terjamin kebersihan adalah keutamaan kami.
  • Perniagaan membekal daging ayam halal menembusi pasaran antarabangsa.
  • Mempelbagaikan pilihan pengguna kepada produk sedia ada.
  • Memperkenalkan produk baru kepada pelanggan dengan menambah banyak lagi jenis bahagian ayam mengikut citarasa pelanggan.
  • Memenuhi kehendak pelanggan yang ingin menyediakan makanan secara mudah dan cepat.
Awesome Image

Konsep sistem ladang ternakan kontrak dengan integrator

D’Khairan Farm Sdn. Bhd. telah memilih iaitu Dindings Poultry Development Center (DPDC) yang berpusat di Setiawan, Perak Sistem ladang ternakan kontrak merupakan pilihan penternak dalam industri ternakan ayam yang mana sebuah syarikat besar atau integrator akan menyediakan kemudahan kepada penternak-penternak dengan cara mengikat kontrak dengan mereka Pemeliharaan ayam daging biasanya dilakukan oleh penternak secara kontrak di bawah kelolaan integrator tersebut. Di dalam kontrak, integrator akan membekalkan baka benih anak ayam, makanan ayam, ubat-ubatan dan pemasaran ayam. Di antara kelebihan, sistem ladang kontrak ini mampu mengatasi kerugian jika harga ayam berada di paras yang rendah malah isu harga ayam di ladang dan di pasaran dapat di atasi serta dapat memberi pulangan yang lumayan kepada pengusaha ladang.

Hubungi Kami